rxwaterheader  
 

 

     
 

Soalan dan Pertanyaan Lazim (FAQ)

1) Bagaimana cara saya dapat menjadi ahli WorldWellness Network Sdn Bhd
(WWN) supaya saya dapat membeli penapis Rx-Water tersebut dengan harga  ahli/diskaun?


Jawapan : Untuk mendapatkan penapis Rx-Water dengan harga yang lebih rendah, anda hendaklah menjadi ahli WWN dengan sekali bayaran sebanyak RM70.00 sahaja. Jika anda telah menetapkan untuk membeli penapis Rx-Water ini, sila berhubung dengan kami di talian 017-3670230 supaya Borang Keahlian dapat di hantar kepada anda mengikut alamat
yang di berikan kepada kami. Anda diminta membuat bayaran dahulu sebanyak:-

i) RM2,050.00
iaitu harga ahli di Semenanjung Malaysia
( RM1,980.00 + RM70.00 ) ATAU
ii) RM2,150.00 untuk harga ahli di Sabah dan Sarawak ( RM2,080.00 + RM70.00 )
.

Kami akan menghantar Borang Keahlian untuk anda melengkapkannya dan memulangkannya** kepada kami di alamat No 15, Jalan 6/38, Bandar Tasik Puteri, 48020 Rawang, Selangor.  Selepas kami menerima borang tersebut, kami akan mendaftarkan anda sebagai
ahli WWN yang sah dan anda akan menerima Kad Ahli WWN dalam masa 30 hari yang
akan dihantar melalui pos biasa oleh pihak WWN.

** Bayaran pos dan sampul surat akan ditanggung oleh pihak kami

 

2) Saya berminat untuk mendapatkan penapis Rx-Water itu, bagaimanakah caranya?

Jawapan : i) Pertama, anda perlu membuat bayaran, sama ada menggunakan kad kredit
( sila cetak Borang Pesanan Kad Kredit dan lengkapkannya ) dan faks kan di talian
03-77887792. Pihak WWN akan mengesahkan yang akaun kad kredit anda telah didebitkan dan penapis Rx-Water tersebut akan dihantar secara percuma melalui kurier
ke alamat yang telah anda beri semasa mengisi Borang Tempahan.

ii) Atau memasukkan bayaran di Maybank / CIMB atau Public Bank dengan menggunakan  ATM Deposit Machine ataupun dengan cara menggunakan Online Banking seperti
Maybank2u atau CIMBClicks atas nama Dzulkiffly Bin Abdullah Munir

 

3) Apakah yang perlu saya lakukan selepas membuat bayaran?

Jawapan :
Selepas membuat bayaran, anda perlu mengisi Borang Pengesahan Bayaran.
Ini adalah langkah yang amat penting yang mesti anda lakukan. Jika tidak, kami tidak dapat menguruskan pesanan dan pembelian anda atau anda boleh juga SMSkan butir-butir Pembayaran seperti Nama, Alamat Rumah, Alamat E-mel, Kaedah Bayaran, Tarikh & Masa Bayaran ke talian 017-3670230.

 

4) Berapa lamakah saya perlu menunggu untuk mendapatkan penapis
Rx-Water tersebut?

Jawapan : Anda akan mendapat produk tersebut dalam masa 5 hari waktu bekerja melalui kurier bagi yang tinggal di Malaysia. Untuk mereka yang tinggal di luar Malaysia, anda akan menerimanya dalam masa 14 hingga 21 hari waktu bekerja.

 

5) Bagaimanakah jika saya tidak menerima sebarang e-mel dari pihak anda selepas 24 jam?

Jawapan : Anda boleh menghubungi kami melalui e-mail di support@penapisrx-water.com atau menghubungi terus kami di talian 017-3670230.

 

6) Bolehkah saya berjumpa dengan anda secara ‘face to face’ sebelum membeli produk ini atau membantu saya selepas saya membeli produk ini?

Jawapan : Sudah tentu!! Anda boleh menghubungi kami melalui H/P di talian
017-3670230
untuk membuat temujanji terlebih dahulu.

 

7) Bolehkan pihak tuan memasang penapis Rx-Water tersebut di rumah saya?

Jawapan :
Untuk mereka yang tinggal di kawasan sekitar Lembah Kelang sahaja, anda boleh samada memerlukan perkhidmatan kami untuk memasang produk tersebut
di rumah anda ataupun memilih penghantaran melalui kurier dan memasangnya sendiri
kerana penapis Rx-Water ini amat mudah dipasang sendiri ataupun Do-It-Yourself 
( D.I.Y ) berpandukan gambarajah yang terdapat pada cara pemasangan produk tersebut.

 

8) Saya tidak pandai/tahu memasang penapis Rx-Water tersebut?

Jawapan : Jangan risau!!
Anda boleh berhubung dengan kami di talian 017-3670230
dan kami akan memberi panduan pada anda melalui telefon berdasarkan gambarajah cara pemasangan Rx-Water yang terdapat pada setiap pembelian unit Rx-Water tersebut. Perlu
di tegaskan sekali lagi, bahawa pemasangan penapis Rx-Water ini sungguh mudah dan boleh dipasang sendiri dalam masa kurang dari 10 minit sahaja. Anda hanya
perlu menyambungkan kedua-dua hose/cable ( in/out ) dari penapis Rx-water itu ke kepala paip seperti gambarajah di bawah.

myphoto



9) Dimana boleh saya dapatkan katrij yang perlu diganti?

Jawapan : Anda boleh e-melkan pada kami di support@penapisrx-water.com dengan memberitahu kami produk yang anda kehendaki dan kami akan memberitahu anda
produk dan harganya sekali dan akan menghartankannya pada anda melalui kurier
setelah kami mengesahkan bayaran yang anda masukkan ke dalam akaun bank kami
( sila lihat Soalan 2 ) atau anda juga boleh menelefon kami di talian 017-3670230
untuk keterangan lebih lanjut.

Untuk pengetahuan anda, kami akan memberitahu/mengingatkan anda melalui
e-mel/sms apabila katrij-katrij penapis Rx-Water anda telah tamat tempohnya dan
perlukan penggantian katrij supaya anda mendapat air yang sentiasa bersih dan
penyembuhan melalui Terapi Air dapat dijalankan dengan sempurnanya.

Senarai Harga Katrij adalah seperti berikut :-

GANTIAN KATRIJ

1) Katrij 1 mesti di ganti pada setiap 18 - 12 bulan---- RM 98.00
2) Katrij 2 mesti di ganti pada setiap 12 bulan sekali-- RM200.00
3) Katrij 3 mesti di ganti pada setiap 18 bulan sekali-- RM275.00
4) Katrij 4 mesti di ganti pada setiap 36 bulan sekali-- RM458.00

Terdapat juga pakej :-

Katrij 1 & 2 berharga RM298.00
Katrij 1,2 & 3 berharga RM508.00
Katrij 1,2 & 4 berharga RM688.00


10) Bolehkah produk Rx-water ini di bayar Secara Ansuran?

Jawapan : Jika anda berminat untuk mendapatkan produk Rx-water ini secara
bayaran ansuran
, anda boleh berbuat demikian dengan melantik seorang sebagai
ketua untuk menguruskan pembayaran, cari kawan-kawan ofis / saudara-mara atau
jiran tetangga yang berminat hendak membeli Rx-water ini samada 4 / 5 atau 10
orang
( di bahagi dengan RM1,980.00 ), buat undian dan kami akan hantar ke rumah
anda dan pasang setelah anda mengenal pasti siapa yang akan menerima Penapis
Rx-Water unit itu pada bulan tersebut.

Katakanlah anda telah mendapat persetujuan 4 orang kawan-kawan ofis anda untuk
membeli Rx-water secara bayaran ansuran dan mereka pun melantik anda sebagai
ketua untuk menguruskan pembayaran. Jadi tiap-tiap bulan selama 4 bulan setiap
daripada anda akan membayar RM495 x 4 bulan = RM1980.00 + RM70.00 sekali
sahaja sebagai Yuran Ahli yang akan di bayar oleh si penerima produk Rx-water pada
bulan tersebut.

 

Sila Tanya dan Hubungi Kami!

Jika anda mempunyai sebarang persoalan yang mana tidak tersenarai di atas, silakan
bertanya kepada kami melalui borang pertanyaan yang kami sediakan di sini atau
menghubungi kami di talian 017-3670230

 

 

 

 



 

     
  Halaman Utama . Tempahan . Hubungi Kami . Affiliate  
 
  footer