PERBEZAAN 

KELEBIHAN – KEBAIKAN

KELAINAN – KEISTIMEWAAN

PENAPIS AIR RX-WATER OZON

YANG TIDAK TERDAPAT PADA

MANA-MANA PENAPIS AIR YANG

BANYAK DIJUAL DILUAR SANA TU !!

 

Saksikan Video Ini Terlebih Dahulu!!

Kami mendapat banyak pertanyaan yang bertanyakan apakah PERBEZAAN/KELEBIHAN/KEBAIKAN/KELAINAN/KEISTIMEWAAN Penapis Air Rx-Water Ozon yang bermineral yang kami pasarkan berbanding dengan Penapis R.O. Water yang tidak bermineral yang banyak terjual dipasaran.

Kami akan menjawabnya secara ilmiah dan berpandukan Al-Quran kerana sesuatu perkara itu akan lebih terperinci dapat dijawab dengan berpandukan Al-Quran & Hadis Nabi Muhammad SAW untuk kebaikan umat baginda diakhir zaman ini. Kami mencari pelanggan untuk menjual produk yang kami pasarkan bukannya semata-mata menjual produk kepada pelanggan kami kerana pelanggan kami yang membuat kepututusan tentang kebaikan sesuatu produk itu walaupun terdapat produk pesaing yang sama kegunaannya. Kami di sini memberi khidmat nasihat kepada pelanggan kami untuk membuat keputusan setelah menimbang-tara apakah kebaikan yang produk itu boleh beri kepada mereka berbanding dengan produk pesaing.

Sebelum kami memberi perbandingan/kelebihan/kebaikan Rx-Water dengan R.O. Water, marilah kita sama-sama melihat fakta-fakta di bawah ini yang perlu anda ketahui supaya anda dapat membuat keputusan untuk membeli penapis air yang mana menjadi pilihan anda kerana di luar sana terdapat berpuluh-puluh sistem penapis air yang kecil, besar, murah, mahal sampai berbelas ribu ringgit pun ada dan juga dari dalam dan luar negara.

Untuk pengetahuan anda, Prof Dato Dr Noordin Darus iaitu bekas pesakit kanser darah tahap 4 menggunakan AIR ZAM-ZAM sebagai “benchmark” dalam merekacipta Penapis Air Rx-Waternya. 

Kajian beliau mendapati bahawa salah satu punca kanser datangnya daripada sumber air yang mempunyai bahan-bahan radikal seperti KLORIN. Dari situlah minat beliau untuk mula mendalami ilmu dan kaedah terapi air.

1) FAKTA: KLORIN pernah digunakan sebagai SENJATA
KIMIA 
pada masa PERANG DUNIA PERTAMA !!

 Sila KLIK untuk baca laporan diatas:

 How was chlorine gas used as a weapon in the Ist World war?


KLORIN
 adalah bahan kimia yang digunakan di loji-loji air untuk membunuh bakteria dalam air tetapi ia adalah juga salah satu penyebab terjadinya kanser dalam tubuh manusia dalam jangka masa panjang !!

FAKTA-FAKTA YANG ANDA LIHAT DALAM VIDEO DI ATAS ADALAH BENAR BELAKA (tanpa diedit) !!

Kalau ikan pun boleh mati akibat KLORIN, apatah yang akan jadi pada tubuh manusia jika anda meminumnya sepanjang hayat anda!! Ini kes serious ni!! Patutlah ikan di dalam aquarium pun kita kena letakkan ANTI-KLORIN..kalau tidak mati semua ikan kita dibuatnya..

Kalau demo air berklorin seperti video diatas tidak dapat menyakinkan anda, cuba lihat laporan di bawah ini pula !!

 

2) AIR YANG DIMASAK (Tanpa ditapis terlebih dahulu)

Ada yang mengatakan, pendidihan/memasak adalah cara terbaik untuk membuang KLORIN, tetapi ia sebenarnya tidak menghilangkan kandungan KLORIN di dalam air. Sebaliknya pendidihan/memasak akan menghasilkan TRIHALOMETHANES (THMs) yang sangat mengerikan akibatnya terhadap kesihatan penggunanya. (Kajian dari universiti di luar negara).

 Sila KLIK untuk melihat laporan tersebut ..  

==>>  http://monofoilclean.com/wp-content/uploads/2010/09/Trihalomathane.pdf

 

Dan juga laporan ini ..   

“HEALTH EFFECTS OF CHLORINE IN DRINKING WATER”

(Kesan Kesihatan – Klorin Dalam Air Minuman)

==>>  http://www.pure-earth.com/chlorine.html

 

Saya pernah mendapatkan jawapannya daripada Prof Dato Dr Noordin sendiri berkenaan KLORIN dan beliau sendiri tidak dapat menerima yang mengatakan KLORIN tidak merbahaya pada kesihatan manusia.

Bila ditanya, beliau menjawab,

“Saya sudah kena kanser darah stage 4 dan saya sebagai Doktor Perubatan sendiri tak dapat menerimanya.

Beliau berkata, “Ada 2 School of  Thought” iaitu

1) Yang kata “YA”
2) Yang kata “TIDAK”..

Beliau mengambil pendekatan “Yang kata Ya” setelah membuat kajian beliau sendiri dan diberi ilham oleh Allah SWT,  Jawapannya ada pada AIR yang beliau minum sehari-harian”.

Kami bentangkan sedikit fakta dari apa yang terdapat dilaman web tersebut untuk anda menilai kesan KLORIN dalam air minuman anda.

 

Untuk maklumat lanjut, anda boleh baca laporannya dilink berikut:

http://www.pure-earth.com/chlorine.html
   (quotes from various sources) 

 

Morris, with epidemiologist Thomas C. Chalmers and his colleagues at Harvard, used a new technique called meta-analysis to combine the results from the 10 best studies, yielding the new findings. They report that people drinking chlorinated water over long periods have a 21% increase in the risk of contracting bladder cancer and a 38% increase in the risk of rectal cancer.“I am quite convinced, based on this study, that there is an association between cancer and chlorinated water.”, says Robert D. Morris of the Medical College of  Wisconsin in Milwaukee, who directed the new study.

 

About 90% of the population is drinking water which may contain hundreds of these Disinfection By-products (DBPs), also known as Trihalomethanes. The Environmental Protection Agency lowered the Maximum Contaminant Level for Disinfection By-products but it will be years before the new standard goes into effect.

 

In his book, Coronaries/Cholesterol/Chlorine, Joseph M. Price, MD presents startling evidence that Trihalomethanes, are the “prime causative agents of arteriosclerosis and its inevitable result, the heart attack or stroke.”

 

These Trihalomethanes are created when the chlorine that is added to the municipal water supply reacts with organic matter such as leaves, twigs, or chemicals from agricultural runoff.

 

Here’s What The Experts Have To Say:

 

“The drinking of chlorinated water has finally been officially linked to an increased incidence of colon cancer. An epidemiologist at Oak Ridge Associated Universities completed a study of colon cancer victims and non-cancer patients and concluded that the drinking of chlorinated water for 15 years or more was conducive to a high rate of colon cancer.” Health Freedom News, January/February 1987

 

“Long-term drinking of chlorinated water appears to increase a person’s risk of developing bladder cancer as much as 80%,” according to a study published in the Journal of the National Cancer Institute. Some 45,000 Americans are diagnosed every year with bladder cancer. St. Paul Dispatch & Pioneer Press, December 17, 1987

 

BUKAN MESIN PENAPIS AIR ‘KLON’ (Rebranding)

Ramai yang tidak menyedari bahawa banyak jenama penapis air yang berada dipasaran sebenarnya mempunyai sistem dan teknologi yang sama. Dimana syarikat pengedar hanya meminta pihak pengilang menukar jenama, bentuk dan warnanya sahaja. Ini menunjukkan syarikat pengedar tidak melakukan penyelidikan mereka sendiri bagi menghasilkan satu sistem penapis air yang berkualiti, sebaliknya ia lebih bermatlamat untuk memenuhi permintaan pasaran sahaja.

Apa yang menghairankan, walaupun anda dapati sistem dan teknologi yang diguna-pakai adalah sama sahaja dengan beberapa jenama lain, tetapi ada sesetengah pengedar yang mendakwa ‘kononnya’ mesin tersebut menggunakan teknologi dari luar negara serta kemampuan mesin mereka juga lebih hebat berbanding jenama yang lain.

Sebelum anda ‘tertipu’bandingkanlah terlebih dahulu sistem, teknologi serta kartrij yang digunakan. Dari sini anda mampu mengenal-pasti samada mesin penapis air tersebut ‘klon’ ataupun ianya benar-benar hasil daripada penyelidikan syarikat pengedar. Selain itu, mintalah Sijil Pengesahan daripada pihak penjual bagi membuktikan mesin penapis tersebut memang mampu menghasilkan Air Bermineral dan bukannya Air RO semata-mata.

Bagi produk penapis air lain, tujuan penciptaannya hanyalah untuk mendapatkan air yang bersih serta bagi memenuhi kehendak pasaran, dan ia bukan untuk direka bagi tujuan perubatan (Terapi Air).

 

TETAPI TIDAK PADA RX-WATER

Ketika Dr Noordin menjalani rawatan kanser, air yang berbeza mampu memberikan tindak balas berbeza terhadap tubuh badannya. Kalau minum ‘air masak’ sahaja, beliau lebih mudah berasa sakit dan mual selepas menjalani rawatan kimoterapi. Tetapi kalau minum air seperti air zam-zam, reaksinya positif.

Daripada reaksi ini, beliau semakin teruja untuk meneroka teknologi penapis air. Dengan penyelidikan sendiri serta sedikit modal dari simpanan, beliau mula mengeluarkan prototaip sistem penapisan air yang mengaplikasikan teknologi dan teknik yang bersesuaian dengan falsafah beliau.

Cukup menarik sekali, apabila dirinya mendapat reaksi positif terhadap air yang dihasilkan oleh mesin prototaip tersebut.

Maka dari situlah bermulanya produk Rx-Water. Inilah keunikkan Rx-Water yang tidak terdapat pada mana-mana sistem penapis air lain yang ada dipasaran.

Inilah perbezaan utama Rx-Water kerana Dr Noordin sendiri yang menguji produk air yang beliau hasilkan keatas diri beliau sendiri dan selepas mendapat reaksi positif tahap kesihatan keatas tubuh beliau dimana penyakit kanser darah yang beliau hidapi itu berkurangan dan doktor pakar mengesahkan yang beliau bebas kanser, akhirnya barulah beliau memasarkan penapis air atas jenama “RX-WATER”.

 

AIR R.O. (PENAPIS AIR R.O.)

Kami tahu ramai diantara anda akan memilih Air R.O. (Reverse Osmosis) sebagai air minuman pilihan disebabkan harganya yang agak murah. Tetapi tahukah anda apakah dia Air R.O. (Reverse Osmosis) ini?  Pada peringkat awalnya, Mesin Air R.O. ini dicipta adalah bagi kegunaan sektor industri sahaja.

1. Air R.O. tidak mengandungi mineral dan zat galian yang diperlukan oleh tubuh disebabkan ianya sudah ditapis keluar bagi mendapatkan air yang benar-benar tulen.

2. Jadi ia juga tergolong sebagai “AIR MATI” yang sudah tiada ‘Roh’ lagi serta tidak mempunyai sifat terapi menyembuh yang ada pada air yang hidup.

3. Air R.O. sangat sesuai untuk rawatan pesakit2 buah pinggang dan untuk rawatan2 tertentu termasuk terkena racun. Akan tetapi kesesuainya masih dipertikai untuk kegunaan sehari-hari oleh orang2 biasa, orang2 tua & kanak2 kerana selainnya boleh menyerap toksin di dalam badan, ia juga boleh menyerap zat-zat & mineral berguna dari badan kita menyebabkan malnutrisi dan dalam jangka panjang, ia boleh mendatangkan mudarat terutama pada ginjal kita.

Walaupun air yang dihasilkan oleh Sistem Osmosis Berbalik (Air R.O.) ini benar-benar bersih dan tulen, tetapi ianya kurang sesuai untuk tubuh. Ini disebabkan air yang dihasilkan:

> Bersifat menghakis iaitu dengan menyerap kembali natrium,kalium, klorida, kalsium dan ion magnesium daripada tubuh

> Menyebabkan tubuh menyimpan lebihan air yang tidak dapat dilawaskan (water retention)

> Ia juga akan menyerap elektrolit dari tubuh kerana didalam air tersebut tidak mengandungi garam galian yang amat diperlukan

Kesan daripada kehilangan mineral-mineral ini, ‘mungkin’ tidak dapat anda rasakan didalam tempoh jangka masa pendek, tetapi dalam masa 10 tahun akan datang ia pasti akan menghantui dan memberikan kesan buruk kepada diri anda. Antara kesan sampingan daripada penggunaan Air R.O. adalah seperti berikut: masalah berkaitan jantung, keletihan, kekejangan otot, masalah tulang dan gigi, hipertensi, ulser perut, gastrik, kanak-kanak mengalami pembangunan fizikal yang perlahan, bagi wanita hamil mereka kerap mengalami bengkak-bengkak dan anemia.

Air R.O. kurang berkesan bagi menghilangkan ‘dahaga yang kronik’ dan sesetengahnya menghasilkan air yang kurang enak rasanya. Pastikan anda tidak terbeli Mesin Penapis Air jenis Reverse Osmosis yang terdapat banyak dipasaran.

Anda boleh baca fakta yang kami dapati di laman web ini:

http://www.historyofwaterfilters.com/reverse-osmosis-pc.html

Di bawah adalah antara yang penting untuk anda mengetahuinya.

 

side effect RO

 

AIR ZAM-ZAM

Kami berikan ciri2 AIR ZAM-ZAM kerana ia sebagai “benchmark” dalam mencipta Penapis Air Rx-Water dan juga untuk memperjelaskan penggunaan air bermineral daripada air yang kosong tanpa mineral (Air R.O.)

1. Ia kaya dengan mineral khususnya fluoride yang lebih tinggi

2. Kandungan mineral yang paling tinggi seperti mineral kalsium dan magnesium serta kandungan mineral yang lainnya.

3. Air zam-zam ternyata bersifat alkali yang dapat memberi tenaga yang luar biasa kepada setiap peminumnya. Kajian yang telah dibuat Air zam-zam ini nilai pHnya adalah pH9.5 yaitu pH yang paling tinggi dibanding air mineral yang lain pH > 9.0

4. Airnya bersih & suci untuk diminum

5. Mukjizat dari Allah SWT kepada Nabi Allah Ismail

6. Air zam-zam yang diyakini mempunyai keistimewaan memberi manfaat menyegarkan, menyehatkan dan dapat menyembuh penyakit

Air Zam-Zam ini merupakan satu mukjizat yang telah diberikan kepada manusia. Ini kerana walaupun usia Telaga Zam-Zam ini dianggarkan berusia sekitar 5,000 tahun, tetapi sehingga kini airnya masih belum lagi kering walaupun ia terletak dikawasan padang pasir iaitu di Mekah, Arab Saudi.

Bagi umat Islam, kisah Telaga Zam-Zam ini bukanlah sesuatu yang asing dan ianya telah wujud ketika Nabi Ismail masih bayi lagi serta diatas kurniaan Allah. Walaupun telaga ini pernah tertimbus selama beberapa waktu, tetapi Telaga Zam-Zam ini telah digali semula oleh Abdul Muttalib Bin Hashim (iaitu datuk Nabi Muhammad S.A.W) setelah mendapat petunjuk daripada Allah S.W.T.

Selain itu, apakah rahsia yang membuatkan Air Zam-Zam ini begitu unik sekali berbanding air-air lain yang terdapat didunia?

  • Ada Riwayat Yang Mengatakan: “Dalam Telaga Zam-Zam ada mata air dari syurga”
  • Malaikat Jibrail membersihkan hati Nabi Muhammad S.A.W menggunakan Air Zam-Zam
  • Sabda Rasulullah: “Air yang terbaik di muka bumi adalah Air Zam-Zam.” (HR Thabrani)
  • Air Zam-Zam (Insya-Allah) akan tetap ada selama-lamanya sehingga kiamat
  • Disediakan bagi minuman tetamu Allah yang mengerjakan haji dan umrah di Baitullah
  • Ia dapat menyerap segala getaran serta tenaga ketika Umat Islam mengerjakan tawaf; sambil memuji, berdoa dan bertakbir kepada Allah sepanjang masa. Ini menjadikan Air Zam-Zam lebih mulia daripada sekelian air di dunia
  • Air Zam-Zam bersih, suci serta tiada kuman didalamnya, dan ia tidak rosak (tercemar) walaupun disimpan bertahun-tahun

 

Selain itu, Air Zam-Zam juga merupakan makanan yang mengenyangkan. Ini memang terbukti terutama bagi individu yang menunaikan umrah dan haji. Walaupun mereka tidak menjamu sebarang makanan tetapi dengan hanya meminum Air Zam-Zam sahaja, ia dapat membuatkan mereka kenyang. Air Zam-Zam juga sering digunakan sebagai terapi perubatan bagi merawat pelbagai jenis penyakit serta mampu memberikan tenaga tambahan kepada peminumnya.

Apa yang menariknya kandungan mineral yang terdapat didalam Air Zam-Zam juga dapat melenyapkan dakwaan sesetengah individu yang mengatakan bahawa tubuh manusia tidak memerlukan mineral yang terdapat dalam air minuman, tetapi cukuplah hanya daripada mineral dan zat yang dibekalkan oleh makanan yang anda makan setiap hari sahaja.

Walaupun begitu, ramai dikalangan kita tidak mampu untuk menjadikan Air Zam-Zam sebagai minuman harian untuk diri sendiri disebabkan harganya yang agak mahal. Apa yang menyebabkan harganya menjadi mahal adalah disebabkan kos pengangkutan yang agak tinggi bagi membawa Air Zam-Zam ini dari Makkah ke Malaysia.

Kesimpulan daripada penerangan diatas, maka sudah pasti air yang terbaik sekali didunia ini merupakan Air Zam-Zam. Tetapi bagi kebanyakkan kita rakyat Malaysia tidak mampu untuk membelinya secara harian kecualilah jika mempunyai tujuan tertentu sahaja – hanya kadang-kala sahaja dan dalam kuantiti yang kecil.

PERSOALAN KAMI TENTANG AIR R.O.? (PENAPIS AIR R.O.)

1. Kalau yang mengambil Air R.O. itu kosong saja tanpa mineral yang diperlukan oleh tubuh manusia, mengapa semasa menunaikan Umrah & Fardu Haji ke Mekah, anda minum air zam-zam berbotol-botol yang penuh dengan zat galian/mineral tetapi bila balik ke Malaysia, anda berbalik kepada minum Air R.O. yang kosong?

2. Mengapa kita perlu ambil makanan seperti buah2an, sayur2an, bijir2an, kekacang, ikan, daging, ayam, telur, susu dan sebagainya termasuk air minuman yang bermineral sekurang2nya 8 gelas sehari? Sebabnya tubuh kita perlukan zat vitamin, protein, karbohidrat, mineral dan lain-lain untuk pembesaran tubuh, kesihatan, memberi tenaga dan sebagainya

3. Jadi kalau makanan sendiri kita tidak buang segala nutrisinya, mengapa air kita perlu buang zat mineral/galiannya dengan minum Air R.O. yang kosong?

4. Sedangkan Allah SWT jadikan semua makanan & air yang penuh dengan vitamin, protein, karbohidrat, mineral dan lain-lain itu bersebab untuk kesihatan tubuh badan manusia ciptaanNya dan juga makhluk Dia yang lain seperti binatang.

5. Adakah binatang di hutan/di padang pasir minum air yang telah siap di R.O. kan atau minum air dari sungai/perigi/mata air/tasik yang telah siap ada mineral di dalamnya? Walaupun dengan keadaan air yang tercemar sekalipun, binatang2 boleh meminumnya kerana Allah SWT menjadikan sistem tubuh binatang ciptaanNya berlainan dengan manusia. Sebagai contoh kita ambil UNTA dimana ia dapat bertahan hidup hingga lapan hari pada suhu lima puluh darjah tanpa makan atau minum. Ketika unta yang mampu berjalan tanpa minum dalam waktu lama ini mencari sumber air, ia akan menyimpannya. Unta mampu meminum air sebanyak sepertiga berat badannya dalam waktu sepuluh minit. Ini bererti seratus tiga puluh liter dalam sekali minum dan tempat penyimpanannya adalah di punuk unta. Sekitar 40 kilogram lemak tersimpan di sini. Hal ini menjadikan unta mampu berjalan berhari-hari di gurun pasir tanpa makan apa-apa. Kebanyakan makanan di gurun pasir adalah kering dan berduri. Namun sistem pencernaan pada unta telah diciptakan sesuai dengan keadaan yang sukar ini. Gigi dan mulut binatang ini telah dirancang untuk membolehkannya memakan duri tajam dengan mudah. Perutnya mempunyai rekabentuk khusus tersendiri sehingga cukup kuat untuk mencerna hampir semua tumbuhan di gurun pasir.

”Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta bagaimana ia diciptakan.  (QS. Al-Ghaasyiyah, 88:17)”         

6. Adakah Allah SWT jadikan air untuk manusia tanpa mengira juga makhluk ciptaanNya seperti binatang yang juga memerlukan zat galian/mineral yang ada dalam air untuk binatang itu hidup dan memberi binatang itu tenaga?

7. Air zam-zam yang telah berusia sekitar 5,000 tahun dan ia menjadi air penawar bagi penyakit2 kronik yang tidak ada pada Air R.O. yang dikenali juga sebagai ‘Air Mati’. Zat galian/mineral yang ada dalam “air hidup” (air zam-zam) itulah yang telah dapat membantu ia melawan, membaik pulih sel-sel yang telah rosak dan memberi tenaga baru untuk membantu melawan penyakit yang ada dalam tubuh badan kita.

“Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum? (QS. Al-Waaqi’ah, 56:68)”

3jenisAir

“Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi dan telah melimpahkan kepada kami nikmat-nimatNya yang zahir dan yang batin? Dalam pada itu, ada di antara manusia yang membantah mengenai (sifat-sifat) Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan atau sebarang petunjuk dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran. (QS. Luqman, 31:20)

“Sesungguhnya Tuhan kamu hanya Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang meliputi pengetahuanNya akan tiap-tiap sesuatu. (QS. Taha, 20:98)

8. Disebabkan kandungan galian yang tinggi yang terdapat pada air zam-zam itulah ia menjadi sebagai “Air Penawar” seperti dialami sendiri oleh Prof Dato Dr Noordin dan sebab itulah beliau menggunakan air zam-zam sebagai “benchmark” dalam mencipta penapis air rx-water beliau.

“Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum? (QS. Al-Waaqi’ah, 56:68)”

9. Kami belum pernah dengar air zam-zam di R.O. kan? Ia tidak perlu nak di R.O. kan sebab air zam-zam tu sendiri adalah mukjizat dari Allah SWT dan sudah banyak kes Kanser & penyakit-penyakit lain yang sudah sembuh dengan menggunakan air Zam-Zam secara berterusan sebagai Terapi. Semuanya ini dengan izin & kehendak Ilahi.

10. Pernahkah anda terfikir siapa yang mencipta Air R.O. ini? Sudah tentu bukan orang Islam. Bukankah lebih baik makanan atau minuman untuk orang Islam itu dikendalikan sendiri oleh kita yang beragama Islam kerana orang barat ini (kafir) mempunyai agenda tertentu untuk merosakkan aqidah orang Islam melalui pemakanan dan minuman yang tanpa kita sedari akan melemahkan pemikiran orang Islam terutama pada generasi anak kita dizaman teknologi ini!

 

Kenapa Kita Tidak Amalkan Makanan Sunnah Kerana Kebijaksanaan Yahudi Menipu Kita!

Bijak sungguh Yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad . Mengapa kita tidak ikut Nabi kita, kita ikut orang Yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yang nabi kita makan dan minum.

Teruskan membongkar kebijaksanaan Yahudi menipu umat Islam.Kata-kata ini adalah bertepatan dengan Hadis Rasullulah yang bermaksud:

“Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil”.

 

Antara ‘barangan mereka’ yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para orang barat ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut Nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. Jadi kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. Makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran orang barat ini.

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.

3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ini nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol malah sekarang telah menjadi semacam satu trend dimana dihidangkan daging kambing dimajlis jamuan Hari Raya

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5. Orang barat ini juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat, contohnya Coke dan Maggi. Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5 ada racun tersembunyi) dan anak-anak Melayu kita inilah juga yang ketagih minum Coke.

(Artikel dari laman web http://halaqah.net/v10/index.php?topic=19451.0)

 

11. Kenapa anda perlu memasang satu sistem penapis air di rumah?

i) Kami tahu kerana bekalan air yang anda terima sekarang ni banyak yang sudah terecemar

air kotor

ii) Tangki air anda kotor tidak pernah dicuci dan anda minum air kotor dan membahayakan kesihatan

Pernahkah anda melihat apa yang ada didalam tangki simpanan air anda semasa anda mencuci tangki tersebut? Mahukah kami beritahu anda? Anda pasti terkejut! Kalau anda tahu, sudah lama anda memasang satu sistem penapis air untuk menapis segala kekotoran yang ada dalam tangki simpanan air anda tersebut!

tangki-air2

 

iii) KLORIN dalam air paip amat merbahayakan kesihatan manusia dalam jangka masa panjang (Lihat bab KLORIN yang sudah kita bincangkan dengan panjang lebar seperti di atas)

 

iv) Ramai yang ambil berat tentang PEMAKANAN mereka tetapi TIDAK PRIHATIN tentang AIR yang mereka minum. Malah ada juga yang tidak ambil berat dengan kedua-duanya sekali pun. Yang ini lagi bahaya!! Perhatikan gambar dibawah yang menerangkan bahan makanan & air SAMA PENTING untuk kesihatan tubuh badan kita.

bagaimana cell tercemar1

 

Dalam satu program TV, Prof Dr. Muhaya menasihatkan para isteri supaya JANGAN MINUM AIR PAIP! SANGAT MERBAHAYA! KENAPA? Walaupun beliau seorang doktor pakar mata tetapi beliau tahu & sedar tentang bahayanya minum air paip ini.

Ada orang mempertikaikan selama ini dia minum air paip sampai sekarang tidak ada apa-apa pun!!

Betullah tu sebab nak dapat kanser atau lain-lain penyakit ni bukan hari ni minum air paip hari ni terus dapat kanser!

Macam Prof Dato Dr Noordin pun dalam usia 50an baru kena kanser darah stage 4.

Macam orang yang hisap rokok, bukan sehari dua baru rosak paru-paru mereka akibat hisap rokok sehari sampai 20 batang!! Dalam usia 45 tahun keatas baru tanda-tanda sakit dada tu mereka terasa.

Macam wanita yang menghidap “BREAST CANCER” atau KANSER PAYU DARA, bukan umur 20an atau 30an dapat kanser. Sekurang-kurangnya umur lingkungan 40 tahun keatas baru tahu yang anda menghidap kanser payu dara, mungkin serious dan mungkin tidak.

Yang kena sakit BARAH RAHIM pun dalam umur 40 tahun keatas baru tahu!!

Yang kena KENCING MANIS pun makan bertahun-tahun juga!!

 

Saksikan video dan penerangan oleh Prof Dr Muhaya
tentang bahayanya minum air paip!!  

 

12. Bagi membantu anda mudah memahami perbezaan Rx-Water dengan jenis penapis R.O. Water yang lain, dibawah ini kami telah menyediakan satu jadual perbandingan bagi membolehkan anda melihat sendiri kelebihan-kelebihan yang Rx-Water berikan berbanding R.O. Water.

Tidak dinafikan bahawa bukan semua mesin penapis air dapat membekalkan air yang lazat rasanya. Samalah juga apabila anda membeli air minuman (air mineral) yang sudah siap dibotolkan. Apabila anda merasai air tersebut ‘tidak enak’ rasanya, kami pasti anda hanya minum sedikit sahaja dan selebihnya akan dibuang begitu sahaja.

Bagaimana jika senario ini berlaku kepada penapis air yang baru anda beli, adakah anda sanggup terseksa dengan meminum air yang meloyakan setiap hari?

Untuk itu, pastikan terlebih dahulu anda mendapatkan maklumat yang lengkap dan memahami bagimana sistem penapisan didalamnya berfungsi sebelum melaburkan wang untuk membeli sesuatu produk mesin penapis air. Bagi membantu anda, kami telah menyediakan jadual perbandingan Jenis Sistem Penapis Air dan apakah kelebihan dan kekurangan yang terdapat pada Sistem Penapis Rx-Water berbanding dengan sistem penapisan R.O. Water.

 

BEZA RX VS RO-2

 

13. Jika anda lihat pada carta di atas, Sistem Penapis Air Rx-Water telah pun dapat memberikan anda air yang penuh khasiat terapi dimana Rx-Water telah mendapat Sokongan KHAS daripada PRESIDEN PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA sebagai Penapis Air yang patut dimiliki oleh setiap rumah Muslim. Malah ia adalah  Brand Tempatan  yang  diiktiraf oleh badan berkecuali yang telah memilih penapis air Rx-Water sebagai satu-satunya penapis air yang menepati piawaian MALAYSIA GOOD DESIGN – mendapat pengiktirafan ini sebanyak 2 kali pada tahun 2005 & 2010. Satu-satunya Sistem Penapis Air buatan/formulasi Malaysia yang dibenarkan untuk di eksport dan kini telah memasuki pasaran Singapura, Brunei & Indonesia (mendapat pengesahan dan kelulusan yang ketat di negara-negara tersebut).

Malaysia-Good-Design-Award-Rx-Water

No 1 hingga 12 (Persoalan kami Tentang Air R.O.?) adalah merupakan pendapat/pandangan kami semata-mata kerana menjawab pertanyaan daripada mereka-mereka yang bertanyakan soalan kepada kami. Anda tidak semestinya bersetuju dengan/menerima pandangan kami tersebut. 

sebelum beli-2

apakah kelebihan rxwater

Apa yang penting sebelum membeli sebarang mesin penapis air, anda terlebih dahulu perlu memahami fungsi serta kandungan setiap katrij penapis yang digunakan. Jadi di bawah ini kami akan menerangkan kepada anda kandungan bahan yang terdapat didalam katrij penapis The All New Rx-Water serta beberapa teknologi terkini yang digunakan didalamnya.

 

komposisi katrij

Gambarajah diatas menunjukkan susun-atur katrij penapis yang ada di dalam The All New Rx-Water.

KATRIJ #1

Bagi katrij penapis utama yang terdapat didalam The All New Rx-Water ini, ia telah menggunakan ‘Penapis Seramik Asli’ bertaraf antarabangsa. Penapis ini berfungsi untuk menghapuskan kotoran kasar, halus dan juga bakteria air.

Bagi umat Islam sebelum anda membeli mana-mana penapis air, sila pastikan terlebih dahulu Katrij Penapis Seramik yang digunakan perlu diperbuat daripada ‘seramik asli’ dan ianya bukan diperbuat menggunakan tulang.

 

KATRIJ #2

Ia merupakan Penapis Sekunder. Bahan ‘Activated Carbon’ yang terdapat pada penapis ini berfungsi untuk menyerap bau-bauan, warna dan bahan toksik seperti KLORIN. Manakala ‘Biominex Beads’ pula berfungsi untuk meng-ion serta mengalkali air.

Bamboo-Qun ini diperbuat daripada arang buluh jenis Moso yang banyak terdapat di Taiwan. Rahsia kegunaan arang buluh ini bagi merawat air sudah digunakan sejak Dinasti Ming di China iaitu pada tahun 1486 lagi. Kini Dr Noordin telah merungkainya kembali dan Rx-Water merupakan yang pertama didunia menggunakan teknologi ini didalam sistem penapis air moden. Bamboo-Qun juga berfungsi sebagai agen ‘bio-aktif’ (bahan semulajadi) untuk proses ‘detoksifikasi’ dan bersifat ‘anti-bakteria’  tanpa lagi perlu menggunakan bahan sintetik. Sementara itu, ia juga mampu memberikan rasa sedap dan meningkatkan ‘aura air’.

Bagi membolehkanya terus aktif, Bamboo-Qun akan memakan bakteria ataupun kuman yang terdapat didalam air yang ditapis melaluinya. Pencegahan tersebut lebih cepat dan efektif berbanding penggunaan arang atau karbon seperti kebanyakan penapis air lain. Dengan adanya teknologi arang buluh ini, ia akan memberi Kuasa Tenaga Infra-Merah (F.I.R) yang telah diserap oleh pokok buluh daripada cahaya matahari dan akan dipindahkan kepada molekul air. Kuasa Tenaga ataupun zat tersebut kemudiannya akan dipindahkan semula ke sel-sel badan selepas anda minum air Rx-Water.

Dengan ini, ia akan mempercepatkan proses dalam membantu menyelesaikan masalah-masalah kesihatan sedia ada. Selain itu, didalam Bamboo-Qun ini juga ada mengandungi pelbagai mineral semula jadi yang dapat membantu anda di dalam proses penyembuhan dan menentang penyakit.

 

KATRIJ #3

Untuk katrij penapis yang ketiga ini, ia berfungsi untuk Mendetoksifikasi dan Mengalkali Air. Ia dapat menghapuskan logam berat, bahan radioaktif serta membuang kulat, patogen air dan ia juga dapat menghalang pertumbuhan bakteriaIni menjadikan air yang dihasilkan oleh penapis air Rx-Water mampu menghasilkan air beralkali (melebihi pH 8) yang baik untuk kesihatan.

TEKNOLOGI BEBOLA KRISTAL (Katrij Penapis 3)

Bebola Kristal ini berfungsi bagi memindahkan tenaga, maklumat dan mengaktifkan penyembuhan semulajadi.

Kesemua maklumat penting ini telah diserapkan ke dalam Bebola Kristal yang terdapat didalam Katrij 3. Antara maklumat yang telah diserapkan ke dalam Bebola Kristal ini adalah:

  • Aku Istiqamah
  • Aku Berdisiplin
  • Aku Penyabar
  • Aku Tenang
  • Aku Pengasih dan Penyayang
  • Aku Beriman
  • Aku Ceria dan Bertenaga
  • Aku Bertanggung-jawab
  • Aku Bersyukur
  • Aku Dapat Dunia Bahagia Akhirat Syurga
  • Aku Sehat Walafiat (Minda, Fizikal dan Rohaniah)
  • Aku Bersedekah dan Beramal Syurga
  • Aku Mendapat Rezeki Melimpah Ruah
  • Aku Pemaaf
  • Aku Ikhlas
  • Aku Berani
  • Aku Rajin dan Berjaya

Selain itu, di dalam Teknologi Bebola Kristal ini juga telah ditambah serta diperkuatkan lagi dengan kaedah Terapi Warna. Selain daripada membantu merawat penyakit, terapi  warna ini juga sering digunakan bagi mempengaruhi minda dan juga perasan anda.

Maka tidak hairanlah sekiranya ‘aura’ didalam diri anda mampu berubah kearah yang lebih positif hanya selepas meminum 1-2 gelas air Rx-Water.

 

KATRIJ #4

Katrij penapis keempat inilah yang membezakan Rx-Water dengan penapis-penapis air lain yang terdapat dipasaran selain daripada penggunaan teknologi terkini seperti Bamboo-Qun, Bebola Kristal dan Tanah Liat Berkalsium.

Bahan-bahan yang digunakan didalam katrij ini beserta Teknologi Bebola Kristal yang terdapat pada katrij ketiga telah membantu Rx-Water menghasilkan air yang boleh dijadikan sebagai air penawar (terapi air). Kumpulan molekul mudah serap yang terdapat pada ‘Seramik Tenaga Aura’ memberikan tenaga getaran yang kuat pada air bagi memecahkan kumpulan molekul air kepada saiz yang lebih kecil supaya mudah diserap oleh sel badan serta mampu mengubah aura seseorang. ‘Bebatu Mineral’ yang terdapat didalam katrij ini juga akan menambahkan kandungan mineral didalam air Rx-Water tersebut.

Walaupun tidak mudah untuk mendapat bekalan air zam-zam dalam jumlah yang banyak setiap hari untuk tujuan Terapi, akan tetapi kita bertuah kerana Dr. Noordin Darus telah menemukan sejenis bahan TANAH LIAT yang diperolehi dari ilham yang dikurniakan Allah semasa bertarung dengan 

Prof Dato Dr Noordin sama sekali tidak menyangka bahawa air bersih yang melalui TANAH LIAT tersebut mempunyai unsur ‘Medan Tenaga’ yang seakan-akan air Zam-Zam & air berpenawar lain yang boleh membangkitkan (rejuvenate) sistem penyembuhan semula jadi Tubuh. Sifat unik ini tidak terdapat dalam mana-mana air pun dari mana-mana sistem penapis yang ada dalam pasaran.

Air yang keluar dari bahan unik ini juga adalah ‘AIR HIDUP’ yang dibersihkan dengan ‘Memori’ baru (kerana sepanjang perjalanan air itu ke rumah kita, ia telah terdedah dengan banyak perkara yang negatif). Dengan izin Allah, beliau akhirnya sembuh dari Kanser dan telah membantu ramai lagi yang menderita dengan pelbagai jenis penyakit. Hasil rekaan Dr. Noordin walaupun nampaknya seperti alat ‘penapis’ air biasa tetapi sebaliknya adalah satu sistem perawatan air yang mempunyai kesan Terapi yang menakjubkan hasil dari bahan Tanah Liat & Aura Converter tersebut yang terkandung pada Kartrij keempat…

Walaupun telah banyak mendapat keputusan yang diluar jangkaan dan pengakuan-pengakuan yang memberangsangkan daripada para pengguna Terapi Air Rx-Water (lihat Testimoni di bawah), Dr. Noordin masih berpegang teguh dengan kepercayaan bahawa Rx-Water menjadi berkesan dengan izin Tuhan. Itulah perbezaan cara rawatan air yang beliau usahakan berbanding dengan yang lain.

Kepercayaan adalah kunci kepada penyembuhan. Pemulihan sepenuhnya haruslah merangkumi semua aspek iaitu Minda, Fizikal dan Rohani (MiFiRo). Sebab itu Dato’ Dr Noordin Darus telah memperkenalkan konsep MiFiRo di dalam Terapi Air Rx-WATER ini. Tanpanya, anda mungkin pulih atau kelihatan seperti sudah sembuh tetapi ianya tidak akan sempurna kerana penyembuhan tadi hanyalah pada fizikal sahaja.

Penggunaan Tanah Liat Berkalsium amat penting bagi proses penulenan air yang lebih suci disamping menambah kandungan mineral kalsium dan membantu penyembuhan.

Didalam Islam, tanah (liat) telah digunakan bagi proses menyamak Najis Mughallazah (Najis Berat) iaitu yang terdiri daripada anjing dan babi serta benda-benda yang terjadi daripadanya.

Tetapi, pernahkah anda terfikir… kenapa najis tersebut perlu dibersihkan menggunakan tanah? Daripada kajian sains, kuman dan bakteria yang terdapat pada najis berat tadi (terutamanya cacing pita yang terdapat pada babi) hanya boleh dihapuskan dengan menggunakan ‘air tanah’.

disebabkankeunikan rxwater

Selain daripada kandungan Kalsium terdapat lagi beberapa mineral yang dapat diserap melalui air yang ditapis menggunakan tanah liat tersebut. Mineral-mineral ini memang amat penting bagi kesihatan anda.

Anda bukan sahaja memerlukan satu sistem penapisan air yang bersih… tetapi pastikan air yang dihasilkan juga suci serta dapat melindungi serta membantu menyembuh dari pelbagai penyakit.
  

TEKNOLOGI RX-OZON

Rx-Ozon ini telah dihasilkan melalui Plat Elektronik berkuasa rendah iaitu pada konsentrasi 0.125~0.255 ppm. Rx-Ozon ini telah digabungkan bersama didalam sistem The All New Rx-Water. 

Ozon yang dihasilkan daripada sistem Rx-Ozon ini adalah 3000 kali ganda lebih effektif dari Klorin bagi membasmi kuman. Air hasil daripada campuran ozon tersebut tidak membahayakan kesihatan dan ianya boleh diminum. Air ozon ini juga boleh membantu merawat beberapa jenis penyakit. Kajian Makmal menunjukan bahawa penggunaan Rx-Ozon mampu menghapuskan 99% daripada bakteria dan racun serangga yang terdapat pada permukaan buah-buahan dan sayur-sayuran.

  

unik-suci-berkesan-2

 

 

ciri2 rxwater

 

DR. NOORDIN DARUS ADALAH
TESTIMONI PERTAMA RX-WATER

kenali DND (2)

Tujuan utama penciptaan Rx-Water ini adalah bagi mengubati penyakit kanser darah serta membantu meringankan beban yang terpaksa ditanggung oleh Dr Noordin Darus ketika proses pemulihan sekitar tahun 2001 dahulu.

 

dr-nordin2

 

Akibat daripada keperitan rawatan kanser (iaitu kesan sampingan daripada kimoterapi), mengakibatkan beliau mengalami banyak kemusnahan sel-sel darah dan kehilangann rambut serta penurunan berat badan yang mendadak – sehinggakan beliau patah semangat. Selalu timbul persoalan dalam dirinya, bagaimana seorang doktor pakar kesejahteraan sepertinya, yang sering menjaga makan dan minum serta sentiasa bersenam juga masih boleh menghidap kanser.

 

 

Kami yakin anda berpuas hati dengan penjelasan Prof. Dato Dr. Noordin Darus iaitu bekas pesakit Kanser Darah Stage 4 dan juga yang mencipta Sistem Penapis Rx-Water dalam video tadi kenapa kita perlu ada satu sistem penapis air dirumah.

Dalam kajian yang beliau lakukan, AIRlah yang menjadi punca beliau mendapat kanser darah. Sebabnya KLORIN dalam AIR kerana 70% daripada sel-sel dalam tubuh badan kita terdiri daripada air..”Bayangkanlah kalau air yang kita minum itu tidak elok, maka seluruh badan kita tidak elok” (Prof Dr Muhaya).

 

Kami pasti anda telah dapat menilai kebaikan Sistem Penapis Air Rx-Water setelah mengetahui punca-punca pencemaran air, klorin dalam air minuman, kebaikan air yang bermineral seperti air zam-zam yang menjadi punca Prof Dato Dr Noordin terpaksa mencipta penapis air Rx-Water mengikut ciri-ciri air zam-zam kerana keberkesanannya dalam membantu penyakit kanser darah yang beliau hidapi, perbezaan dalam sistem penapisan air Rx-Water dengan R.O. Water dimana teknologi yang ada dalam katrij keempat Penapis Air Rx-Water yang tidak ada dalam mana-mana sistem penapis air di dunia & testimoni daripada Prof Dato Dr. Noordin sendiri dimana semua itu telah membantu untuk Penapis Air Rx-Water menerima Anugerah Malaysia Good Design pada 2005 & 2010 dan juga disahkan Halal oleh JAKIM (No Rujukkan: JAKIM/(S)/(22.00)/492/2/) serta mendapat sokongan daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia.

Jadi sokonglah produk buatan &
keluaran syarikat Muslim Tempatan Malaysia
yang telah berjaya diperseda dunia..

 

 

UNTUK IKTIBAR BERSAMA

Manusia hanya mampu merancang, tetapi Allah S.W.T. yang menentukan segalanya. Setiap musibah dan penderitaan yang menimpa manusia, tersirat 1,001 hikmah disebaliknya. Walaupun Dr. Noordin Darus merupakan seorang pakar kesejahteraan dan doktor perubatan, tetapi beliau masih tidak dapat lari daripada diduga dengan penyakit kanser darah.

Jika seorang pakar kesihatan pun tidak dapat lari daripada masalah penyakit yang hampir membawa maut, inikan pula manusia biasa seperti kita semua yang sering memandang “enteng’  terhadap kesihatan diri. Tetapi itulah sikap manusia, selagi tidak diuji dengan penyakit maka selagi itulah kita memandang ringan terhadap kepentingan akan penjagaan kesihatan.

Walaupun begitu, ‘mencegah itu adalah lebih baik daripada merawat’. Jadi Rx-Water juga merupakan salah satu daripada pencegahan awal (benteng) yang mampu anda berikan kepada seluruh keluarga anda. 

Semoga dengan penggunaan Rx-Water ini, keluarga anda mendapat manfaat kesihatan daripadanya.

Insya Allah.

 

sebelum beli-2

kata2

 

 

 

black line

 

SILA KLIK  Order-speed2

 

 

 

 

 

cats

Zul-SSM(Kawasan Kuala Lumpur & Berdekatan)

BELILAH PRODUK