PEMBELIAN RX-WATER: SKIM SEWA-BELI (Ansuran Bulanan)

Kini semua pembelian Rx-Water secara sewa-beli adalah menerusi pinjaman AEON Credit dimana bayaran bulanan akan dibuat menerusi potongan akaun bank. 

dokumen2 yg diperlukan
  •         

NOTA: Kelulusan permohonan biasanya dalam masa 1/2 Minggu. Tetapi sekiranya anda pernah membuat sebarang pinjaman bank sebelum ini dan mempunyai rekod bayaran yang kurang baik, maka permohonan anda tadi sukar untuk mendapat kelulusan AEON.

Kami akan membantu anda mengisi Borang Permohonan AEON & Borang Permohonan Perkhidmatan Pemotongan Terus tersebut (untuk kawasan Lembah Kelang+Putrajaya+Shah Alam+Kelang sahaja) setelah anda menyediakan dokumen No. 1,2 & 3 seperti diatas . CAJ PENGURUSAN sebanyak RM100.00 TUNAI akan dikenakan (tidak dipulangkan) semasa kami datang berjumpa anda untuk mengisi borang permohonan.

Kami mengenakan Caj Pengurusan RM100.00 untuk memastikan anda benar-benar berminat untuk membuat TEMPAHAN Penapis Air Rx-Water dan juga anda tidak membatalkan permohonan anda disaat-saat akhir yang mana masa, tenaga & wang telah kami belanjakan untuk berjumpa dengan anda.

Rx-Water Dengan Ozon — Min. Kelayakan Gaji RM1,500 Sebulan
                                           (Gaji Bersih selepas tolak EPF)

Rx-Water Tanpa Ozon   — Min. Kelayakan Gaji RM1,100 Sebulan
                                           (Gaji Bersih selepas tolak EPF)

 

JUMLAH PINJAMAN
(Atas Harga Pasaran)

HARGA PENAPIS

 

BAYARAN BULANAN

AEON express dgn WWN

                  

bank2 yg disediakan(Dimana gaji bulanan anda/pemohon dikreditkan)

bank2 yg disediakan

CARTA ALIRAN KERJA

1. Sila pastikan Pilihan Penapis yang anda nak bergantung kepada bajet (gaji) anda

2. Anda sediakan DOKUMEN 1,2 & 3 dan kami akan datang menemui anda untuk mengisi serta menandatangani borang permohonan anda

3. Kami akan terus menyerahkan borang permohonan anda yang telah lengkap diisi kepada HQ untuk diproses

4. HQ akan menyerah borang permohonan anda kepada AEON setelah mengesahkan dengan anda butir-butir yang anda isi dalam borang tersebut

5. Pihak AEON akan membuat sekali lagi PENGESAHAN dengan anda untuk memastikan kesahihan borang permohonan yang telah anda isi. Sekiranya 3 kali cubaan panggilan tidak terjawab oleh anda (pemohon), permohonan secara automatik ditolak.

6. Selepas mendapat kelulusan daripada pihak AEON, kami akan menguruskan pembelian tersebut dan seterusnya memasang Rx-Water di premis anda (untuk kawasan Lembah Kelang+Putrajaya+Shah Alam+Kelang sahaja). Anda diminta untuk menjelaskan bayaran ANSURAN BULAN PERTAMA semasa kami datang memasang ke premis anda.

UNTUK PELANGGAN KAMI DI LUAR LEMBAH KELANG

Untuk mereka-mereka yang tinggal di luar Kuala Lumpur, kami boleh menolong anda untuk mendapatkan pinjaman melalui AEON dengan syarat apabila permohonan anda diluluskan oleh pihak AEON & apabila Penapis Air Rx-Water anda dikeluarkan, anda hendaklah mengambilnya di HQ kerana anda perlu:

1) Menandatangani MEMO penerimaan/penghantaran

2) Menandatangani KAD WARANTI yang dikeluarkan

3) Membayar ANSURAN Bulan Pertama seperti jadual di atas bergantung pada pakej yang anda mohon

Kami akan poskan BORANG PINJAMAN AEON TERSEBUT dan anda isikan maklumat-maklumat yang diperlukan (No 4,5 & 6), menandatangani borang tersebut serta memberi salinan photostat dokumen-dokumen yang diperlukan seperti di atas.

Untuk bayaran ansuran bulanan yang seterusnya, ia akan dibuat terus menerusi potongan akaun bank dimana gaji anda dikreditkan (Bank Standing Instruction).

Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan kami ditalian 010-8102727.

Kami sedia membantu anda.